Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA WARGA EMAS OKU MAUT DALAM KEBAKARAN

DALAM NEGARA

WANITA WARGA EMAS OKU MAUT DALAM KEBAKARAN

Seorang wanita warga emas maut manakala kakaknya cedera dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Teluk, Kerian awal pagi tadi.

IPOH: Seorang wanita warga emas maut manakala kakaknya cedera dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Teluk, Kerian awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai Ahmad Noor Syamsi Zainoldin berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian melibatkan dua beradik Orang Kurang Upaya (OKU) itu pada 5.42 pagi.

Menurutnya, mangsa yang maut dikenali sebagai Tan Ah Nya, 69, dan hanya tinggal berdua di rumah berkenaan bersama kakaknya Tan Boy Soo, 74.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah (yang terbakar) sebanyak 20 peratus dan wanita itu disahkan maut oleh pihak perubatan di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai dibantu pasukan dari Kuala Kurau membuat pemadaman sisa kebakaran sepenuhnya dan menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala operasi tamat pukul 7.30 pagi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading