Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS KESAN LELAKI INTAI GURU WANITA DALAM TANDAS

DALAM NEGARA

POLIS KESAN LELAKI INTAI GURU WANITA DALAM TANDAS

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim dalam kenyataan hari ini berkata, perbuatan suspek dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan tular menerusi media sosial yang menunjukkan dia masuk ke tandas wanita di kompleks sukan terbabit.

Foto Facebook

SHAH ALAM: Polis sedang mengesan seorang lelaki didakwa mengintai seorang guru wanita di tandas Kompleks Sukan Negara Shah Alam, Seksyen 21, di sini pada 15 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 32 tahun, pada hari sama.

Beliau berkata perbuatan suspek turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan tular menerusi media sosial yang menunjukkan dia masuk ke tandas wanita di kompleks sukan terbabit. 

Menurut Mohd Iqbal, pada hari kejadian, guru tersebut membawa pelajar ke kompleks itu untuk latihan perbarisan sambutan Hari Kebangsaan dan semasa wanita itu berada dalam tandas, didapati seorang lelaki sedang mengintai dari bilik tandas sebelah. 

“Suspek kemudian melarikan diri sejurus mendengar jeritan pengadu (guru) dan pengadu menceritakan dia hanya sempat melihat paras kepala hingga mata suspek sahaja,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Siasatan sedang dilakukan untuk mendapatkan rakaman CCTV di lain-lain lokasi berhampiran dan sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini boleh disalurkan ke talian 016-2745515,” katanya.-AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading