POLIS KESAN PEMANDU BAS GUNA TELEFON SEMASA MEMANDU

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang pemandu bas yang menggunakan telefon ketika memandu seperti tular di media sosial.
Dalam hantaran Facebook oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihaknya mendapati kejadian terbabit dirakam oleh salah seorang penumpang bas tersebut.
“Berdasarkan maklumat nombor pendaftaran bas tersebut adalah ALM9815 milik syarikat KPB dan semasa kejadian bas tersebut dalam perjalanan dari Penang ke Ipoh.
“Tindakan pemandu bas itu boleh mendatangkan risiko kemalangan bukan hanya kepada penumpang bas tersebut malah kepada pengguna jalan raya yang lain.
“JSPT menggesa pemandu bas ini segera menyerah diri ke Balai Trafik IPD berhampiran atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.
Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menyalurkan kepada JSPT melalui Facebook Messenger atau emel terus ke protrafik_ba@rmp.gov.my.—AlHijrah Online