Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS MAUT DIPERCAYAI TEMBAK DIRI SENDIRI

DALAM NEGARA

POLIS MAUT DIPERCAYAI TEMBAK DIRI SENDIRI

LUMUT: Seorang anggota polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) maut dipercayai menembak diri sendiri dalam satu kejadian di Berek Polis Pantai Remis, malam tadi.

Difahamkan mangsa yang berpangkat Koperal dan bertugas di Batalion 18 Senoi Praaq, Pangkalan Hulu menembak diri sendiri di bahagian kepala menggunakan senjata api jenis M14.

Maklumat kejadian terbabit diterima pada pukul 9.25 malam, namun mangsa yang dibawa ke hospital disahkan meninggal dunia pada jam 10.30 malam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi mengesahkan insiden itu namun tidak memberikan maklumat terperinci.

Ujar beliau, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut. — AlHijrah Online / Hamimah Hamid.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading