Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SAHKAN TERIMA LAPORAN KEMATIAN EMPAT INDIVIDU HADIR KONSERT DI SUBANG JAYA

DALAM NEGARA

POLIS SAHKAN TERIMA LAPORAN KEMATIAN EMPAT INDIVIDU HADIR KONSERT DI SUBANG JAYA

Datuk Hussein Omar Khan –fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kematian dua lelaki dan dua wanita warga tempatan yang menghadiri sebuah konsert di Bandar Sunway, Subang Jaya, Ahad lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata laporan polis membabitkan kesemua mangsa lingkungan usia 20 hingga 40 tahun itu dibuat oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Beliau berkata proses bedah siasat telah dijalankan semaan namun pihaknya masih menunggu hasil siasatan makmal. 

“Didapati tiada sebarang kecederaan luaran yang dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). 

“Bagaimanapun siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau keracunan kepada semua si mati,” katanya dalam kenyataan di sini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Ridzal Puat di talian 03-56382122 atau pusat kawalan daerah di talian 03-78627222. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading