Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SAHKAN TERIMA LAPORAN VIDEO TULAR PELAJAR BERPAKAIAN MIRIP KKK

DALAM NEGARA

POLIS SAHKAN TERIMA LAPORAN VIDEO TULAR PELAJAR BERPAKAIAN MIRIP KKK

Polis mengesahkan telah menerima satu laporan semalam berhubung video tular yang memaparkan sekumpulan penuntut pusat asasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dengkil berpakaian menyerupai kostum kumpulan pelampau bangsa.

SEPANG: Polis mengesahkan telah menerima satu laporan semalam berhubung video tular yang memaparkan sekumpulan penuntut pusat asasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dengkil berpakaian menyerupai kostum kumpulan pelampau bangsa.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman dalam kenyataan hari ini berkata video tersebut dipercayai adalah sebahagian daripada hasil tugasan pelajar UiTM yang berkaitan dengan ahli kumpulan Ku Klux Klan (KKK).

“Dalam paparan video itu, terdapat lakonan semula apa yang berlaku suatu masa dahulu iaitu orang kulit putih membunuh orang kulit hitam dan apabila tercetusnya KKK ini, maka satu undang-undang baharu bagi menghalang diskriminasi kaum telah dilaksanakan.

“Kes masih dalam siasatan polis dan orang ramai dinasihat tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi berita tidak benar yang boleh menyebabkan kegusaran awam,” katanya.

UiTM menerusi kenyataan semalam menjelaskan pelajar berpakaian mirip KKK itu adalah sebahagian daripada tugasan akademik oleh pelajar Pusat Asasi UiTM bagi sesi pembentangan kursus Contemporary Global and Legal Issues.

UiTM berkata tugasan itu bertujuan menggalakkan pemikiran kritikal dan kesedaran pelajar terhadap isu-isu hak asasi manusia di peringkat antarabangsa, dan pensyarah serta pihak fakulti terlibat turut memastikan pembentangan dijalankan secara terkawal, berlandaskan prinsip akademik, tanpa menyentuh sensitiviti agama, budaya mahupun perkauman. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading