POLIS SARAWAK TUMPAS “KUMPULAN BABY” AKTIF JENAYAH SAMUN WARGA EMAS
Polis Sarawak menumpaskan sekumpulan penyamun dan peragut dikenali sebagai “Kumpulan Baby” yang aktif memburu warga emas sebagai mangsa di sekitar Kuching, Padawan dan Kota Samarahan sejak tiga bulan lepas.
KUCHING: Polis Sarawak menumpaskan sekumpulan penyamun dan peragut dikenali sebagai “Kumpulan Baby” yang aktif memburu warga emas sebagai mangsa di sekitar Kuching, Padawan dan Kota Samarahan sejak tiga bulan lepas.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata kumpulan yang diketuai seorang lelaki yang menggunakan nama samaran “Baby” itu terdiri daripada tujuh warga tempatan dengan lingkungan umur antara 23 hingga 30 tahun.
“Kumpulan ini terdiri daripada dua wanita serta lima lelaki dan menyasarkan warga emas yang keluar berjalan pada awal pagi dengan mengacukan senjata tajam kepada mangsa, namun tiada yang mendatangkan kecederaan,” katanya dalam sidang media mengenai tangkapan itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuching di sini hari ini.
Beliau berkata menerusi tangkapan berkenaan, polis telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 13 kes samun dan ragut, dua kes curi dalam bangunan serta satu kes curi motosikal.
Turut dirampas, sebuah motosikal yang dilaporkan hilang serta sembilan telefon bimbit, empat kad bank dan 11 senjata tajam dengan nilai kerugian sepanjang kegiatan melibatkan kira-kira RM42,000.
Mohd Azman berkata siasatan lanjut masih dijalankan sekiranya terdapat ahli kumpulan lain yang belum ditahan dan meneliti kes seumpama yang menggunakan modus operandi sama.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, 380 Kanun Keseksaan dan 379A Kanun Keseksaan. Kesemua suspek ditahan reman tujuh hari yang tamat esok,” katanya dan menambah suspek turut didapati positif dadah serta mempunyai rekod lampau kes dadah dan jenayah samun.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked