LELAKI KASARI PEMANDU WANITA DIPENJARA SEMBILAN HARI KERANA TAMPAR PELAYAN RESTORAN
Seorang lelaki yang sebelum ini dipenjara tujuh hari kerana mengasari seorang pemandu wanita di Lata Iskandar, dikenakan hukuman penjara sembilan hari pula oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas dua pertuduhan menampar pelayan restoran.
Penyelia mesin, Mohammad Zaim Faiz Tarmizi, yang sebelum ini dipenjara tujuh hari kerana mengasari seorang pemandu wanita di Lata Iskandar di sini, dikenakan hukuman penjara sembilan hari pula oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas dua pertuduhan menampar pelayan restoran. — fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
CAMERON HIGHLANDS: Seorang lelaki yang sebelum ini dipenjara tujuh hari kerana mengasari seorang pemandu wanita di Lata Iskandar di sini, dikenakan hukuman penjara sembilan hari pula oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas dua pertuduhan menampar pelayan restoran.
Majistret Qasiratuljannah Usmani Othman turut menjatuhkan hukuman denda RM1,000 bagi setiap pertuduhan ke atas Mohammad Zaim Faiz Tarmizi, 29, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, dan dipenjara sembilan hari lagi jika gagal membayar denda berkenaan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sembilan hari bagi setiap pertuduhan ke atas tertuduh, namun ia berjalan serentak bermula dari tarikh tangkapan iaitu semalam.
Penyelia mesin itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas V. Dennis Pillai, 23, di Restoran Glory 78 Steamboat Snack Corner (Bamboo Biryani) Tanah Rata di sini, pada kira-kira 4.20 petang, 4 Jun.
Mohammad Zaim Faiz turut didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas warga asing, Samir Das di masa dan tempat yang sama.
Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya S. Punitha memohon Mohammad Zaim Faiz dikenakan hukuman setimpal bagi memberi ganjaran, selain kes telah menjadi tular.
Lelaki yang tidak diwakili peguam itu, bagaimanapun dalam keadaan sebak merayu supaya hanya dikenakan hukuman denda minimum, kerana isterinya akan bersalin pada hujung bulan ini selain mempunyai seorang anak kecil.
Beliau turut mengakui telah insaf dan berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan sama pada masa hadapan.
Mengikut fakta kes, Mohammad Zaim Faiz memaki hamun dengan kata-kata kesat memarahi kedua-dua mangsa, kerana makanan yang dipesan lambat sampai dan menampar Samir Das sebanyak dua kali di pipi kiri dan menampar kedua-dua pipi Dennis Pilai sebanyak empat kali.
Pada 9 Jun, Mahkamah Majistret Tapah menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari ke atas lelaki itu yang mengasari seorang pemandu wanita dalam insiden di Lata Iskandar, yang tular baru-baru ini. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests