Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SIASAT ABDUL HADI BERHUBUNG KENYATAAN SENTUH ISU 3R

DALAM NEGARA

POLIS SIASAT ABDUL HADI BERHUBUNG KENYATAAN SENTUH ISU 3R

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataannya dipercayai menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum).

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataannya dipercayai menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum).

Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Bukit Aman Datuk S. Suresh Kumar berkata siasatan itu dilakukan susulan kenyataan Abdul Hadi dipercayai mendakwa DAP mahu mengekalkan pengertian Islam dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran penjajah yang menjunjung liberalisme dan kebebasan diamalkan negara barat.

“Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata berkata kenyataan itu dipercayai dilakukan melalui hantaran di Facebook Abdul Hadi, dua hari lepas dan isu berkenaan turut diulas dalam artikel diterbitkan sebuah portal berita tempatan pada tarikh sama.

Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading