Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SIASAT AL-QURAN DIBAKAR

DALAM NEGARA

POLIS SIASAT AL-QURAN DIBAKAR

KLUANG: Polis menyiasat laporan kejadian senaskah al-Quran dibakar di Tasik Taman Sri Impian, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Low Hang Seng berkata, pihaknya menerima laporan seorang wanita yang menjumpai senaskah al-Quran yang dibakar dan hanya tinggal cebisan ayat sahaja ketika sedang bersenam di tasik berkenaan, pada pukul 8.48 pagi.

“Polis sedang giat menjalankan siasatan kes ini dari pelbagai sudut dan menasihatkan orang ramai untuk tidak mensensasikan atau membuat sebarang spekulasi, agar tidak menimbulkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya.

Tambahnya kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh melaporkannya di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerusi talian 07-7784 222.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading