Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN LELAKI HANTAR EMEL ANCAMAN BOM PALSU

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN LELAKI HANTAR EMEL ANCAMAN BOM PALSU

Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes ancaman bom palsu menerusi emel di sebuah pusat beli-belah, petang semalam. 

Gambar Hiasan

IPOH: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes ancaman bom palsu menerusi emel di sebuah pusat beli-belah, di sini, petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata suspek ditahan 11.30 malam tadi di rumahnya di Kampar dan polis turut merampas sebuah alat komunikasi yang digunakan untuk menghantar emel itu. 

“Lelaki tempatan berusia 43 tahun itu mempunyai sejarah penyakit psikiatri dan sedang menerima rawatan di Klinik Pakar Psikiatri, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.”

“Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan atas kesalahan menakutkan secara jenayah dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, saringan awal ujian air kencing turut dijalankan dan mendapati suspek bebas pengaruh dadah.

Semalam, pada 4.57 petang, pihaknya menerima laporan daripada pengurus sebuah pusat beli-belah yang telah menerima emel daripada individu tidak dikenali menyatakan terdapat ancaman bom di bangunan berkenaan.

“Sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah menjalankan pemeriksaan menyeluruh di bangunan itu dan mengesahkan maklumat tersebut adalah palsu,” kata Yahaya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading