Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN PENGASUH TASKA DIDAKWA DERA DUA BERADIK

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN PENGASUH TASKA DIDAKWA DERA DUA BERADIK

JERTIH: Polis menahan dua pengasuh wanita kerana disyaki melakukan penderaan terhadap kanak-kanak berusia tiga dan satu tahun di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Kampung Raja di sini.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata suspek masing-masing berusia 26 dan 50 tahun ditahan petang ini susulan satu laporan polis dibuat oleh ibu mangsa pada 7 petang semalam.

“Ibu kanak-kanak terbabit mengetahui kejadian tersebut selepas diberitahu dan ditunjukkan video oleh seseorang petang semalam.

“Siasatan awal mendapati mangsa kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mempunyai satu kesan bengkak kecil di dahi manakala adik perempuannya berusia setahun terdapat satu kesan cubit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Rozak berkata kedua-dua suspek warga tempatan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Besut untuk permohonan reman esok.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, Abdul Rozak berkata siasatan awal mendapati taska berkenaan mendaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Terdahulu, tular video berdurasi 0.25 saat di media sosial berhubung kes dera kanak-kanak di sebuah taska. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading