Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TANGKAP LELAKI DISYAKI CABUL GADIS

DALAM NEGARA

POLIS TANGKAP LELAKI DISYAKI CABUL GADIS

KLANG: Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki mencabul seorang gadis yang merupakan rakan serumahnya di Taman Gembira, di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku apabila suspek, 25, dengan hanya bertuala dan tidak berbaju memasuki bilik sewa yang diduduki mangsa di rumah tersebut, kira-kira jam 8 pagi.

Mangsa mendakwa suspek mendekatinya lalu bertindak cuba memeluk mangsa dari bahagian hadapan.

Namun mangsa berjaya menolak dan menepis tangan lelaki itu lalu berlari keluar dari biliknya bagi meminta bantuan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong berkata, sepasukan anggota dari Cawangan D7, Ibu Pejabat Polis Klang Selatan telah diarahkan membuat tangkapan selepas mendapat maklumat berkenaan kejadian itu.

Suspek ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, dan semakan rekod lampau dapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

“Kes sedang disiasat kerana mencabul kehormatan dan kertas siasatan akan dilengkapkan untuk diserahkan kepada pendakwa raya,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading