Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PREMIS NASI AYAM CLAYPOT TULAR TIADA SIJIL HALAL – JAKIM

DALAM NEGARA

PREMIS NASI AYAM CLAYPOT TULAR TIADA SIJIL HALAL – JAKIM

Premis nasi ayam claypot di Sri Petaling yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu disahkan tidak memiliki sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

KUALA LUMPUR: Premis nasi ayam claypot di Sri Petaling yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu disahkan tidak memiliki sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

JAKIM menerusi kenyataan di Facebook berkata, wujud dakwaan premis itu menggunakan ‘rice wine’ dalam masakan yang telah menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna Muslim.

“Berdasarkan kepada semakan melalui Portal Halal Malaysia, premis tersebut bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah dan pihak JAKIM tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal untuk premis tersebut.

“Sehubungan dengan itu, pengguna Muslim adalah dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi.

“Pastikan premis yang dipilih merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah daripada Pihak Berkuasa Berwibawa Pensijilan Halal Malaysia,” menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Ujar kenyataan itu, pengguna boleh mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, dengan melayari Portal Rasmi Halal Malaysia di https://www.halal.gov.my/v4/.

“Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.

“Selain itu, pengguna boleh mengikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular melalui Facebook Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM,” katanya.

Sebelum ini tular di media sosial sebuah kedai nasi ayam claypot diusahakan pasangan suami isteri Muslim yang fasih berbahasa Mandarin didakwa menggunakan alkohol jenis rice wine dalam penyediaan makanan tersebut.

Premis tersebut dipercayai ditutup sementara susulan penularan isu tersebut. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading