PUSAT JAGAAN KUCING DINAIKI AIR, PENGUSAHA PECAH SILING CUBA SELAMATKAN LEBIH 400 KUCING
Pengusaha pusat jagaan kucing di Kampung Kubang Terap, Pasir Mas bimbang dengan keadaan lebih 400 kucing jalanan yang dijaga di pusat itu, selepas beliau bersama petugasnya sudah dua hari tidak dapat menjenguk keadaan kucing berkenaan disebabkan banjir.
Bangunan pusat jagaan yang menempatkan lebih 400 kucing jalanan dinaiki air lebih dua meter.
KOTA BHARU: Pengusaha pusat jagaan kucing di Kampung Kubang Terap, Pasir Mas bimbang dengan keadaan lebih 400 kucing jalanan yang dijaga di pusat itu, selepas beliau bersama petugasnya sudah dua hari tidak dapat menjenguk keadaan kucing berkenaan disebabkan banjir.
Aelyusmida Awang, 27, berkata sudah dua hari beliau dan petugas lain tidak dapat mengunjungi pusat jagaan itu kerana masing-masing turut menjadi mangsa banjir, dan bangunan pusat jagaan itu pula dinaiki air lebih dua meter.
“Dua hari lepas paras air dalam bangunan sudah sampai ke dada. Oleh kerana paras air semakin meningkat dan bimbang keselamatan kucing, kami telah pecahkan sebahagian siling bangunan supaya kucing dapat berlindung di bahagian itu,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata mereka tidak dapat memindahkan semua kucing kerana ketika itu paras air naik dengan cepat dan mereka perlu segera keluar dari kawasan itu, namun mereka sempat membekalkan makanan kepada kucing berkenaan, bagaimanapun selepas dua hari makananan itu mungkin sudah habis.
“Kami merancang untuk ke sana hari ini bagi memecahkan bumbung bangunan supaya kucing dapat naik ke tempat lebih tinggi, tetapi dimaklumkan laluan masuk ke pusat jagaan dinaiki air dan hanya boleh dilalui dengan menggunakan bot,” katanya.
Aelyusmida berkata pusat jagaan kucing itu dibuka pada bulan Februari lepas menempatkan lebih 400 kucing jalanan yang ditangkap pihak berkuasa tempatan sekitar Pasir Mas, dan bagi menjaga kebajikan haiwan itu beliau bersama lima rakannya yang lain memutuskan untuk mewujudkan pusat jagaan berkenaan di atas sebidang tanah wakaf.
“Kita harap ada yang tampil membantu menyelamatkan kucing-kucing ini kerana jika banjir makin serius kemungkinan kucing itu akan dihanyutkan arus, atau mati,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests