PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menggariskan kejayaan mengangkat gagasan Rahmatan Lil Alamin menjadi dasar pentadbiran negara sebagai pencapaian paling cemerlang tahun ini.
Beliau berkata dasar pentadbiran Islam yang baharu itu menerusi pendekatan Rahmah yang sebelumnya dikritik pihak tertentu telah melalui proses demokrasi pentadbiran yang tulen sebelum diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 25 Okt yang lalu.
Lebih signifikan, katanya dasar mengutamakan pendekatan Rahmatan Lil ‘Alamin yang bersifat universal, inklusif, telus dan menyantuni untuk melahirkan masyarakat dan kehidupan lebih harmoni dalam kalangan rakyat pelbagai agama, bangsa di negara ini itu turut mendapat perkenan raja-raja Melayu.
“Dari segi polisi, ia kejayaan yang amat besar apabila Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-25 pada 4 Julai lepas bersetuju menimbang dan memperkenan cadangan pelaksanaan Gagasan Negara Rahmah dalam pentadbiran negara berpaksikan nilai Rahmatan Lil Alamin sebagaimana diputuskan pada mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam sebelum itu.
“Walaupun berdepan cabaran, kita berjaya realisasikan misi itu mengikut proses demokrasi pentadbiran iaitu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja dan kelulusan Kabinet, sesuatu yang tidak dilakukan kerajaan sebelum ini ketika menganjurkan konsep Islam dalam pentadbiran,” katanya ketika membentangkan Kad Laporan Jabatan Perdana Menteri (Agama) di sini, hari ini.
Dasar Rahmatan Lil Alamin akan dilaksanakan bermula tahun hadapan di mana usaha mempromosi dasar yang menekankan elemen keamanan dan kemakmuran untuk semua kelompok masyarakat itu akan dilakukan melalui peruntukan sebanyak RM10 juta yang diumumkan menerusi Belanjawan 2020.
Selain dasar tersebut, kad laporan bertema ‘Menuju Negara Rahmah’ itu turut menggariskan pencapaian mengikut tujuh kluster iaitu kehakiman dan perundangan; dakwah dan media; pendidikan dan modal insan; halal dan tabung haji, masjid; maqasid dan penyelidikan serta sosio-ekonomi.
Mujahid berkata kluster perundangan dan kehakiman juga merekodkan pencapaian yang amat signifikan melalui penubuhan dan pengoperasian Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah bermula September lepas.
Mahkamah Khas Perkahwinan itu yang antara lain diberi kuasa menyita harta bekas suami yang culas memberi nafkah kepada bekas isteri, dijangka dapat mempercepatkan penyelesaian masalah perkahwinan dan perceraian serta hak penjagaan anak yang difailkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, sekaligus memberi pembelaan kepada ribuan wanita yang tidak terbela sebelum ini.
Melalui mahkamah khas itu juga proses penyelesaian kes boleh berlaku dalam tempoh enam bulan berbanding 14 bulan sebelum ini.
Selain itu, usaha memperkasakan profesion peguam syarie juga berjaya dilaksanakan apabila Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 yang bertujuan menetapkan amalan, etika, kelakuan dan tatatertib profesional peguam syarie diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, masing-masing pada 15 dan 31 Julai lepas.
RUU itu juga membolehkan pembentukan Lembaga Kelayakan Profesion Guaman Syarie, Badan Peguam Syarie dan Majlis Peguam Syarie Wilayah Persekutuan.
Melalui kluster dakwah dan media, usaha merakyatkan gagasan Rahmatan Lil Alamin dilakukan dengan penganjuran Karnival Rahmah, Multaqa Ulama Asia Tenggara, Forum RAHMAH, manakala TV Alhijrah mewujudkan saluran YouTube HBIT bagi menyokong aspirasi kerajaan membawa gagasan RAHMAH selain melancarkan 10 siri buku konsep Rahmatan Lil Alamin bagi memberi pemahaman kepada masyarakat tentang konsep tersebut.
Usaha mempromosi gagasan Rahmatan Lil Alamin juga diambil dengan melantik 200 duta RAHMAH melibatkan individu daripada pelbagai latar belakang, termasuk selebriti bagi menyantuni masyarakat untuk lebih dekat dengan Islam.
Mujahid berkata di peringkat antarabangsa, promosi tersebut dilakukan ketika beliau dijemput dalam program bual bicara Hard Talk BBC selain memberi ceramah umum berkaitan konsep Rahmatan Lil Alamin di University Cambridge, United Kingdom, bulan lepas.
Menurutnya, usaha memperkasakan pendidikan dan modal insan di dalam kluster ketiga juga telah dilakukan dengan cemerlang melalui penubuhan Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI) bagi memantapkan institusi keluarga, sosial dan komuniti.
Penerangan gagasan negara Rahmah juga dilakukan menerusi sesi town hall di 10 institusi pengajian tinggi (IPT) selain 14 siri serupa turut diadakan di pelbagai peringkat di setiap negeri.
Mujahid berkata, aspek pendidikan Islam juga tidak dikecualikan apabila kerajaan memperuntukkan sebanyak RM75 juta kepada sekolah pondok berdaftar dan institusi tahfiz serta penubuhan Tabung Kebajikan Guru KAFA dengan dana sejumlah RM2.6 juta.
Bagi kluster sosio-ekonomi, katanya pihaknya telah mewujudkan asnafpreneur, iaitu inisiatif perniagaan yang menyasarkan untuk mengeluarkan golongan asnaf daripada kitaran kemiskinan manakala pengenalan program Food Bank di masjid-masjid di wilayah persekutuan dan IPT terpilih telah memberi banyak manfaat kepada golongan yang memerlukan bantuan.
Kluster pengurusan haji dan pensijilan halal juga mencatatkan pencapaian membanggakan apabila kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) semakin kukuh dengan jumlah aset terkini bernilai lebih RM2.3 bilion.
“’Mengambil kira defisit sebanyak RM10 bilion yang dimiliki TH ketika (Pakatan Harapan) mengambil alih kerajaan pada Mei 2018, pencapaian ini boleh dianggap amat signifikan buat kami,’’ katanya. — BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager