Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan rakyat di Sabah dan Sarawak sangat hebat kerana setia menunggu untuk menyambut ketibaan konvoi Kembara Kenali Borneo yang diketuai Seri Paduka Baginda.
SIBU: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan rakyat di Sabah dan Sarawak sangat hebat kerana setia menunggu untuk menyambut ketibaan konvoi Kembara Kenali Borneo yang diketuai Seri Paduka Baginda.
Seri Paduka Baginda bertitah sepanjang perjalanan kira-kira 1,700 kilometer dari Tawau pada 3 Sept lepas sehingga ke Bandar Sibu, rakyat di kedua-dua negeri di Borneo itu telah hadir beramai-ramai untuk menyambut rombongan konvoi berkenaan.
“Saya telah sampai ke Sibu hari ini rasa cukup terharu, dari hati ikhlas saya tak terkata lagi memang terbukti rakyat Borneo ini cukup-cukup hebat sekali kerana sanggup menunggu kita dengan isteri dan keluarga saya,” titah baginda semasa majlis santapan di Dewan MUC di Kampung Bandong di sini malam ini.
Al-Sultan Abdullah bertitah baginda tidak dapat berhenti untuk bersalaman dengan semua rakyat yang menunggu di sepanjang perjalanan konvoi, namun hanya dapat memberikan lambaian kepada rakyat sebagai penghargaaan terhadap sambutan mereka.
“Begitu ramai yang menunggu tadi, kita tidak kesampaian untuk bersalam sekadar melambai sahaja. Saya harap lambaian itu akan terus kekal dalam hati kita…dalam ingatan kita,” titah Seri Paduka Baginda.
Majlis santapan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Majlis itu turut diserikan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian daripada masyarakat setempat di sini.
Seri Paduka Baginda berdua akan meneruskan Kembara Kenali Borneo esok dengan santapan pagi di Pasar Sentral Sibu dan melawat di sekitar pasar basah terbesar Malaysia itu, sebelum berangkat ke Sri Aman dan seterusnya ke Kuching.
Berangkat sama dalam Kembara Kenali Borneo di Sarawak ialah paduka anakanda Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.
Kembara Kenali Borneo untuk merealisasikan impian Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendekati rakyat di Sabah dan Sarawak, mengakhiri pengembaraan di Sabah pada 7 Sept lepas sebelum memasuki Sarawak melalui Brunei.
Penjelajahan sejak 3 hingga 13 Sept itu, bermula dari Tawau, Sabah dan akan berakhir di Telok Melano di selatan Sarawak, melibatkan perjalanan jarak sejauh 2,154 km menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked