Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TABUNG HAJI LANCAR TH KHAIRAT

DALAM NEGARA

TABUNG HAJI LANCAR TH KHAIRAT

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini melancarkan TH Khairat iaitu perlindungan takaful sebanyak RM12,000 kepada penerima manfaat sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh.

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini melancarkan TH Khairat iaitu perlindungan takaful sebanyak RM12,000 kepada penerima manfaat sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata produk itu menawarkan langganan serendah RM28 setahun bagi pendeposit di institusi itu.

“Saya amat menghargai usaha Tabung Haji yang sentiasa komited untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pendepositnya. Terima kasih diucapkan kepada warga kerja Tabung Haji, juga pengendali takaful yang bekerjasama menjayakan inisiatif ini iaitu Takaful Malaysia dan Hong Leong MSIG Takaful Berhad.

“Saya melihat usaha ini selaras dengan konsep Malaysia MADANI yang satu daripada enam terasnya ialah ihsan. Ihsan atau rahmah ditakrifkan sebagai memelihara dan menyediakan keperluan asas yang diperlukan demi kesejahteraan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran TH Khairat di Menara Tabung Haji di sini hari ini.

TH Khairat terbuka kepada semua pendeposit TH yang berumur seawal 30 hari sehingga 65 tahun.

Bayaran RM28 adalah secara potongan terus daripada akaun TH secara tahunan dan pendaftaran boleh dilakukan melalui portal atau aplikasi Thijari. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading