RAMADAN PERTAMA DI SEBALIK TIRAI BESI MENGINSAFKAN PENGHUNI PENJARA SUNGAI PETANI
Nisha yang didakwa mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 berkata pertama kali menjalani ibadah puasa di sebalik tirai besi benar-benar menginsafkannya apatah lagi perasaan rindu yang amat kuat terhadap anaknya membuatkan dia kesal atas kesilapan dilakukan.
Pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN) Nor Azean Azizan menemu bual seorang banduan wanita pada Program Tautan Kasih Ramadan di Sebalik Tirai Besi di Penjara Sungai Petani hari ini. –fotoBERNAMA
SUNGAI PETANI: Pertama kali menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan di sebalik tirai besi menimbulkan rasa sayu seorang penghuni Penjara Sungai Petani, di sini kerana tidak dapat berbuka puasa bersama keluarga.
Amran (bukan nama sebenar), 21, bagaimanapun terpaksa menahan perasaan itu kerana kesilapan yang dilakukan iaitu mencuri barang kemas di sebuah premis di Alor Setar pada Oktober tahun lepas menyebabkan dia kini menjalani hukuman penjara selama 16 bulan.
“Sebelum ini saya banyak menghabiskan masa dengan kawan-kawan, tak banyak berada di rumah dengan keluarga…sedih juga tak dapat beraya dengan keluarga nanti,” katanya kepada pemberita pada Program Tautan Kasih Ramadan di Sebalik Tirai Besi anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah di Penjara Sungai Petani, semalam.
Menurut Amran, perasaan takut, sedih dan terkejut menyelubungi diri apabila kebebasan yang dinikmati selama ini disekat disebabkan satu kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan.
Katanya, segalanya bermula apabila dia terpengaruh dengan rakan sebaya selain desakan hidup mendorongnya nekad mengambil jalan yang menyalahi undang-undang untuk mendapatkan wang.
“Saya dan rakan mencuri barang kemas malah rakan saya berjaya menjualnya di kedai pajak gadai dengan nilai RM38,000, tapi belum sempat kami bahagikan dan belanjakan wang terbabit, kami telah ditangkap selepas petugas kedai pajak gadai itu membuat laporan polis.
“Rasa takut, sedih, macam-macam perasaan, selepas dua hari kami mencuri terus ditangkap, memang tak boleh bayang apa akan terjadi,” katanya yang disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun selepas dimasukkan ke penjara, Amran berkata dia mempelajari banyak perkara baharu termasuk ilmu agama selain membaca al-Quran untuk menjadi insan yang lebih baik sebelum dibebaskan nanti.
Seorang penghuni wanita penjara itu yang dikenali sebagai Nisha (bukan nama sebenar), 19, turut berasa sedih apabila tidak dapat bersama anak perempuannya yang berusia tiga tahun pada Ramadan dan Aidilfitri kali ini.
Nisha yang didakwa mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 berkata pertama kali menjalani ibadah puasa di sebalik tirai besi benar-benar menginsafkannya apatah lagi perasaan rindu yang amat kuat terhadap anaknya membuatkan dia kesal atas kesilapan dilakukan.
Sementara itu, Pengarah MKN Kedah Mohd Zawawi Zakaria berkata Program Tautan Kasih Ramadan di Sebalik Tirai Besi itu merupakan julung kali diadakan di Penjara Sungai Petani yang bertujuan meraikan Ramadan bersama penghuni di penjara itu.
Beliau berkata memandangkan penghuni penjara tidak dapat merasai nikmat Ramadan dan berbuka puasa bersama keluarga, MKN bertindak mengadakan program itu bagi mengubat kerinduan penghuni penjara terhadap keluarga masing-masing. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager