Langkah ini dapat memastikan manfaatnya dirasai seluruh Keluarga Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar dan kawasan yang majoriti penduduknya adalah golongan B40 selain juga ahli-ahli koperasi, para pengguna dan usahawan yang terlibat dalam rantaian bekalan ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melihat barangan yang terdapat di Coopmart, Perumahan Penjawat Awam (PPAM) Pudina, Presint 17 hari ini. Turut sama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar. –fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Lebih 500 kedai koperasi (Coopmart) yang diusahakan menerusi pelbagai jenis koperasi akan ditubuhkan di seluruh negara bagi membolehkan ahli koperasi menjana pendapatan serta membantu meringankan beban kos sara hidup Keluarga Malaysia, kata Perdana Menteri.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penubuhan Coopmart itu adalah kerana kerajaan menyedari peranan besar yang mampu dimainkan oleh koperasi kepada Keluarga Malaysia.
Beliau berkata kedai koperasi itu bukan sahaja membolehkan ahli koperasinya menjana pendapatan melalui dividen, malah menawarkan barangan keperluan asas serta pelbagai produk lain kepada penduduk setempat dengan harga yang rendah dan berpatutan.
“Langkah ini dapat memastikan manfaatnya dirasai seluruh Keluarga Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar dan kawasan yang majoriti penduduknya adalah golongan B40 selain juga ahli-ahli koperasi, para pengguna dan usahawan yang terlibat dalam rantaian bekalan ini,” katanya ketika melancarkan Coopmart dan Coop Community Mart Koperasi Pudina Putrajaya Bhd di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata Coopmart akan mendapat bekalan langsung daripada pembekal koperasi seperti Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan pembekal lain.
Beliau berkata kerajaan menerusi Program Coop Community Mart memperuntukkan sejumlah RM360,000 untuk bantuan infrastruktur dan modal pusingan bagi penubuhan Coopmart di kawasan perumahan rakyat iaitu masing-masing satu di Putrajaya dan Hiliran Ampang.
Ismail Sabri berkata sektor koperasi sehingga kini mencatat perolehan sebanyak RM41.47 bilion dengan jumlah keseluruhan anggotanya sebanyak 7.1 juta orang.
Bersandarkan kepada jumlah keanggotaannya yang besar itu, beliau berkata kerajaan melihat koperasi mempunyai peranannya untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.
“Malah gerakan koperasi boleh menguasai sebahagian pasaran pemborongan dan peruncitan terutamanya sistem rantaian nilai bekalan barangan keperluan secara pukal melalui ekosistemnya yang komprehensif dan bersepadu,” katanya.
Beliau berkata statistik Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) setakat Disember tahun lepas menunjukkan sebanyak 2,581 buah koperasi sektor pemborongan dan peruncitan telah didaftarkan dengan perolehan melebihi RM820 juta.
“Jika kesemua koperasi sektor pemborongan dan peruncitan bergerak secara proaktif dan bersepadu sebagai satu gerakan, setiap ahlinya juga akan menerima manfaat termasuk peningkatan taraf sosioekonomi dan impaknya sangat besar kepada ekonomi rakyat dan negara,” katanya.
Ini kerana sektor koperasi tempatan menawarkan peluang kepada Keluarga Malaysia untuk menjana pendapatan tambahan dengan menganggotai dan memiliki saham koperasi yang juga bertindak sebagai pemasar produk keluaran ahli-ahlinya, katanya. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked