Rayuan Noor Hisham kepada para doktor kontrak menerusi catatan di media sosial.
CYBERJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah malam ini membuat rayuan kepada para doktor kontrak agar membatalkan hasrat mengadakan mogok yang dijadual esok.
Rayuannya itu dizahirkan menerusi catatan di media sosialnya, termasuk di Instagram dan Facebook.
Jelas Noor Hisham, semua doktor kontrak harus ingat akan ikrar dan sumpah yang dilafazkan pada petugas kesihatan bahawa sewaktu memulakan kerjaya iaitu ‘primum non nocere’ yang membawa maksud ‘Pertama, Jangan Membahayakan atau Tidak Berlaku Adil kepada Pesakit’.
Menurut kenyataan itu, Noor Hisham mengingatkan bahawa mogok boleh menyebabkan pengabaian kepada pesakit, pada masa sama menjejaskan ratusan nyawa rakyat Malaysia serta kerjaya mereka.
“Kepada rakan sekerja junior yang berkhidmat secara kontrak, saya menggesa anda semua, tolong jangan menyertai demonstrasi dan meninggalkan tugas anda menjaga pesakit.”
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan
Jelas Noor Hisham, lebih banyak nyawa menjadi taruhan, malah demonstrasi itu akan menjejaskan nyawa pesakit dan kerjaya sebagai seorang doktor.
Media melaporkan kumpulan doktor kontrak tetap mahu meneruskan gerakan Hartal Doktor Kontrak kerana nekad dengan tuntutan yang merangkumi jaminan pelantikan tetap bagi doktor kontrak dan baharu, hak gaji serta kebajikan sama rata dengan doktor tetap, termasuk cuti dan faedah.
Gambar suasana di Hospital Sungai Buloh yang dimuat naik Noor Hisham.
Gerakan itu tetap bertegas untuk merancang keluar beramai-ramai daripada fasiliti kesihatan tempat masing-masing berkhidmat di seluruh negara jam 11 pagi, Isnin (26 Julai), meski pun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu mengumumkan persetujuan kerajaan melanjutkan pelantikan secara kontrak pegawai perubatan dan pegawai pergigian untuk tempoh maksimum empat tahun.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Muhyiddin berkata ia termasuk mereka yang diterima bekerja mengikut pengajian kepakaran dalam tempoh dua tahun pertama kontrak masing-masing.
Turut diumum Perdana Menteri, persetujuan kerajaan bahawa pelantikan secara kontrak diurus mengikut kesetaraan kerjaya pegawai tetap dan ditawarkan Cuti Belajar Bergaji Penuh serta tajaan pengajian yang setara dengan Cuti Belajar Bergaji Penuh dan Hadiah Latihan Persekutuan. — Alhijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager