REMAJA 18 TAHUN WAKIL HAFAZAN MALAYSIA MENGAJI 15 JUZUK SEHARI
Remaja 18 tahun yang mewakili Malaysia dalam acara hafazan Al-Quran dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke 63 berkongsi cara mengekalkan hafazannya dengan mengulang hafazan antara 12 hingga 15 juzuk setiap hari.
KUALA LUMPUR: Remaja 18 tahun yang mewakili Malaysia dalam acara hafazan Al-Quran dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke 63 berkongsi cara mengekalkan hafazannya dengan mengulang hafazan antara 12 hingga 15 juzuk setiap hari.
Dian Karisma Mohd Japar yang berasal dari Sabah berkata, dalam masa sama, beliau perlu sentiasa memperdengarkan bacaan Al-Quran kepada guru supaya hafazannya sentiasa lancar dan kekal.
“Saya akan mengulang bacaan sebanyak 12 hingga 15 juzuk sehari. Kebiasaaanya akan khatam 30 juzuk dalam tiga ke empat hari.”
“Di maahad memang sepenuh masa mengaji sahaja, hanya rehat untuk makan, solat dan tidur.” katanya ketika ditemui AlHijrah Online di sini.
Dian Karisma bersama ibu bapanya.
Berkongsi kisahnya, Dian mula menghafaz Al Quran sejak berumur sembilan tahun di Maahad Al-Faizin, Tawau dan mengambil masa lima tahun untuk mengkhatamkan hafazan 30 juzuk.
Tambahnya, Dian bersyukur direzekikan untuk menghafaz Al-Quran kerana yakin dengan berkat kalamullah itu, urusan seharian dan rezekinya lebih mudah dan lancar.
Dalam pada itu, AlHijrah Online turut menemu bual peserta hafazan dari Australia, Muhamed Ali Abdalla Abdelkader.
Muhamed Ali Abdalla Abdelkader
Muhamed Ali yang berasal dari Mesir telah bermastautin di Australia selama 10 tahun dan bekerja sebagai guru hafazan dan bahasa Arab di Al Furqan Islamic Centre, Sydney.
Berkongsi kisahnya, penyertaannya dalam MTHQA63 bagi acara hafazan adalah dengan inisiatif sendiri.
Muhamed Ali berkata, menetap di negara dengan populasi umat Islam kurang dua peratus, beliau terus berurusan dengan pihak penganjur di Malaysia untuk mewakili negaranya dalam acara hafazan.
“Sebaik mendapat tahu mengenai pertandingan anjuran Malaysia ini, saya dan pihak akademi terus menghantar permohonan kepada penganjur untuk mewakili Australia.”
“Pihak penganjur menerima penyertaan kami dan selepas melepasi peringkat saringan, maka di sinilah saya hadir ke Malaysia buat kali pertama untuk bertanding peringkat akhir acara hafazan, sebelum ini saya sudah ke Malaysia empat kali sebagai pelancong.” katanya yang lebih selesa ditemu bual dalam bahasa Arab.
Beliau yang sangat menekankan ilmu agama dan Al Quran kepada generasi muda turut berkongsi kaedah mengajar Al Quran yang diterapkan kepada kanak-kanak di Al Furqan Islamic Centre, yang turut terbuka untuk semua lapisan umur dan masyarakat untuk mempelajari ilmu Islam.
Katanya, mereka akan mengajar kanak-kanak dengan kemahiran menulis dan membaca dalam Bahasa Arab terlebih dahulu sebelum memulakan hafazan Al Quran.
“Di Australia, Bahasa Arab bukan bahasa komunikasi mereka. Bahasa komunikasi harian mereka adalah Bahasa Inggeris.
“Jadi, ia penting untuk mengajar kanak-kanak Bahasa Arab khususnya kemahiran menulis dan membaca, bukan bertutur. Kita mula mengajar mereka huruf-huruf hijaiyah, seterusnya kaedah-kaedah baris seperti baris atas, baris bawah dan baris depan.
“Kemudian, kanak-kanak ni akan boleh membaca Al Quran dengan lancar dan akan mula menghafaznya seterusnya mendalami ilmu hadis dan ilmu agama yang lain.” katanya.
Sementara itu, seorang lagi peserta tilawah dari England yang ditemui turut berkongsi kisahnya mendalami ilmu Al Quran dan tarannum.
Muhammad Hammad
Muhammad Hammad, 27, yang berasal dari Pakistan juga merupakan seorang hafiz Al Quran tetapi memilih acara tilawah untuk diwakilinya.
“Saya disiplinkan diri untuk baca satu hingga dua juzuk setiap hari dan jadikan ia sebagai rutin harian bagi mengekalkan bacaan yang lancar dan baik.”
“Guru saya, Sheikh Mohammed Ismail Rashid telah membimbing saya dan memberi sokongan untuk menyertai pertandingan ini.” katanya ketika ditemui.
Menurut rekod, Malaysia terkenal dengan kecemerlangan dalam menganjurkan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa sejak penganjuran pertamanya pada 8 Mac 1960.
Malahan, Malaysia pernah menerima pengiktirafan bagi kategori Penganjuran Program Al- Quran Terbaik 2016 oleh Kuwait International Prize Of Holy Quran.
Penganjuran Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa secara tahunan oleh Kerajaan Malaysia adalah manifestasi bagi menzahirkan komitmen pihak Kerajaan dalam menerapkan budaya minat membaca terhadap al-Quran dan memahami intipatinya serta mengaplikasikan tuntutan dan larangan Yang Maha Esa dalam amalan kehidupan seharian. –AlHijrah Online / Afiqah Jamaluddin
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked