Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

VIDEO ZIKIR TULAR TIADA KAITAN AJARAN TOK KENALI

DALAM NEGARA

VIDEO ZIKIR TULAR TIADA KAITAN AJARAN TOK KENALI

Rakaman video yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang berzikir dengan cara yang luar daripada kebiasaan disahkan bukan ajaran daripada ulama terkenal, Tok Kenali.

Sumber Gambar: Media Sosial

KOTA BHARU: Rakaman video yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang berzikir dengan cara yang luar daripada kebiasaan disahkan bukan ajaran daripada ulama terkenal, Tok Kenali.

Muhammad Hafiz Hukmi Wardi, cicit kepada Tok Kenali berkata, biar pun upacara itu dilakukan di makam moyangnya, beliau bertegas bahawa ajaran tersebut tiada kaitan dengan pondok Tok Kenali termasuk kerajaan negeri Kelantan.

Sementara itu, terdapat juga van yang dipercayai membawa kumpulan berkenaan, namun ia memaparkan nombor pendaftaran kenderaan dari negara jiran, Thailand.

“Makam Tok Kenali sentiasa terbuka kepada sesiapa 24 jam sehari, malah pada waktu tengah malam juga ramai yang datang berkunjung,” katanya.

Muhammad Hafiz turut menasihati orang ramai yang ingin berkunjung ke makam Tok Kenali untuk menjaga akhlak dan adab sopan sebagaimana diajar oleh para alim ulama.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 20 saat yang menunjukkan sekumpulan lelaki sedang berzikir dalam keadaan yang meragukan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading