Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA CUBA TERJUN BANGUNAN KERANA CINTA TERHALANG

UTAMA

REMAJA CUBA TERJUN BANGUNAN KERANA CINTA TERHALANG

GOMBAK: Gara-gara kecewa cinta terhalang, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun cuba terjun dari tingkat 8 sebuah kondominium di Kampung Kenneison, Selayang hari ini.

Tindakan remaja itu berjaya dihalang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan Petaling Jaya yang bergegas ke lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 2.16 petang dan tiba ke lokasi 9 minit kemudian.

“Kejadian melibatkan seorang perempuan yang berdiri di balkoni rumahnya di tingkat 8.

“Usaha memujuk mangsa dilakukan oleh pihak bomba dan ibu mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Norazam ketika kejadian mangsa tinggal bersendirian dan rumah yang didiaminya dikunci daripada dalam.

Ujar beliau mangsa berjaya diselamatkan kira-kira jam 3.45 petang dan siasatan awal mendapati remaja tersebut bertindak sedemikian akibat cinta terhalang. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading