Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA LELAKI BERJAYA SELAMATKAN DIRI DARIPADA DICULIK 

DALAM NEGARA

REMAJA LELAKI BERJAYA SELAMATKAN DIRI DARIPADA DICULIK 

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata kejadian kira-kira 5.15 petang itu bagaimanapun menyebabkan remaja itu cedera pada bahagian muka dan lengan akibat pergelutan dengan suspek.

SHAH ALAM: Seorang remaja lelaki berjaya menyelamatkan diri dalam cubaan culik di Seksyen 13, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata kejadian kira-kira 5.15 petang itu bagaimanapun menyebabkan remaja itu cedera pada bahagian muka dan lengan akibat pergelutan dengan suspek.

“Mangsa sedang berjoging seorang diri di kawasan berkenaan sebelum didatangi sebuah kereta dinaiki dua lelaki. 

“Seorang daripada suspek kemudian turun dari kereta lalu mengacukan pisau dan mengarahkan mangsa masuk ke dalam kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa enggan memasuki kereta dan bergelut dengan suspek terbabit sebelum berjaya melarikan diri ke pondok pengawal kondominium berdekatan untuk mendapatkan bantuan.

Mohd Iqbal berkata remaja itu dibawa ke hospital manakala kes sedang disiasat mengikut Seksyen 363/511 dan 324 Kanun Keseksaan. 

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Sabri Abd Rani menerusi talian 017-2892628 untuk membantu siasatan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading