LELAKI OKU CABUL KANAK-KANAK DI MASJID DIRUJUK KEPADA PAKAR PSIKIATRI
Pihak pembelaan memohon seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor pada Februari lepas, dirujuk kepada pakar psikiatri.
KUALA LUMPUR: Pihak pembelaan memohon seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor pada Februari lepas, dirujuk kepada pakar psikiatri.
Peguam Lingswaran Singh yang mewakili tertuduh berumur 19 tahun itu memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Ampang Norshila Kamarudin bahawa permohonan dibuat mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) bagi merujuk tertuduh ke hospital untuk penilaian psikiatri.
“Sepanjang kami berinteraksi dengan tertuduh dan setelah dimaklumkan oleh ibu tertuduh serta disokong dengan penilaian psikologi, tertuduh menunjukkan tingkah laku dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menimbulkan keraguan munasabah.
“Kesemua perbuatan itu menunjukkan tertuduh berkemungkinan besar mengalami masalah kewarasan dan tidak berupaya membela diri,” kata peguam itu.
Mahkamah kemudian menetapkan 22 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi status laporan pemeriksaan kesihatan mental tertuduh, laporan perubatan mangsa dan laporan rakaman forensik kamera litar tertutup (CCTV).
Pada prosiding sama, Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie memaklumkan kepada mahkamah terdapat dokumen yang masih belum siap, iaitu laporan forensik CCTV serta laporan perubatan mangsa dari Hospital Selayang.
Sebelum ini, tertuduh menukar pengakuannya kepada tidak bersalah semasa sebutan kedua kes pada 27 Mac, walaupun dia sebelum itu mengaku bersalah.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun lapan bulan bagi maksud seksual di sebuah masjid di Batang Kali pada 6.20 pagi, 21 Feb lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat, jika disabitkan kesalahan. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.