Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA LEMAS SEMASA SELAMATKAN RAKAN

DALAM NEGARA

REMAJA LEMAS SEMASA SELAMATKAN RAKAN

KUALA KUBU BHARU: Seorang remaja meninggal dunia akibat lemas ketika menyelamatkan rakannya yang tergelincir ke dalam empangan di jambatan Kampung Pertak, di sini, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.54 petang.

Mangsa, Hamzah Ilya Azman, 19 tahun, dipercayai lemas semasa menyelamatkan rakannya, Ahmad Nabil Yasin Abdul Rashih, 20 tahun, yang terjatuh ke dalam empangan.

Norazam berkata, Ahmad Nabil berjaya menyelamatkan diri sebelum pihaknya tiba di lokasi.

“Rakannya berjaya diselamatkan, namun mangsa tidak timbul selepas terjun ke dalam empangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Norazam mengingatkan orang awam yang melakukan perkelahan di kawasan berair sama ada sungai, air terjun, laut atau di kawasan empangan mengambil sikap berhati-hati.

“Jika hujan, segeralah beredar untuk mengelakkan banjir kilat, kepala air atau kenaikan paras air secara mendadak di kawasan tersebut.

“Bagi yang ‘jungle trekking’ di hutan, bukit atau tanah tinggi juga dinasihatkan berhati-hati terutama sekarang musim hujan,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading