Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA MAUT SELEPAS LANGGAR TIANG

DALAM NEGARA

REMAJA MAUT SELEPAS LANGGAR TIANG

Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Pohon Batu, Kg Lajau, Labuan, awal pagi tadi.

LABUAN: Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Pohon Batu, Kg Lajau di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Labuan Supt Hamizi Halim berkata dalam kejadian kira-kira dua pagi itu, Mohamad Ruhaifan Mahadi, 18, dipercayai dalam perjalanan dari arah bandar ke Pohon Batu ketika hilang kawalan, dan telah tercampak dari motosikalnya.

Beliau berkata mangsa ditemukan di atas jalan raya oleh orang awam, yang kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada polis sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

“Mohamad Ruhaifan disahkan meninggal dunia pada 8.35 pagi,” katanya.

Hamizi berkata kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu, untuk menghubungi polis di 087-412313 bagi membantu siasatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading