Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA CUBA BUNUH DIRI KERANA TELEFON BIMBIT DIRAMPAS BAPA

DALAM NEGARA

REMAJA CUBA BUNUH DIRI KERANA TELEFON BIMBIT DIRAMPAS BAPA

KUANTAN: Seorang remaja perempuan berjaya diselamatkan polis daripada cubaan membunuh diri dengan terjun dari jejambat di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bukit Tinggi, Bentong, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar, kejadian tersebut berpunca daripada remaja berusia 16 tahun itu tidak berpuas hati dengan tindakan bapanya merampas telefon bimbit miliknya.

Kata Zaiham, pihaknya menerima panggilan orang awam yang berada di kawasan itu selepas melihat remaja berkenaan meniti jejambat tersebut pada jam 2.15 petang.

Pasukan polis yang dikejarkan ke lokasi melihat mangsa berada dalam keadaan tidak stabil walaupun sudah dipujuk untuk turun.

“Mangsa tidak menghiraukan semasa dipujuk polis, lalu Ketua Balai Bukit Tinggi Sarjan Mejar Maznan Omar berjaya menarik remaja tersebut dari belakang sebelum anggota lain membantu memegang mangsa untuk diselamatkan,” katanya.

Mengulas lanjut, mangsa telah dibawa ke Hospital Bentong bagi rawatan lanjut dan kini mangsa menjalani rawatan bagi kemurungan itu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading