RIBUAN HILANG TEMPAT TINGGAL DALAM KEBAKARAN DI KAWASAN SETINGGAN DI DHAKA
Kebakaran di sebuah kawasan setinggan terbesar di ibu negara Bangladesh, Dhaka memusnahkan lebih 1,500 kediaman, menyebabkan ribuan penduduk hilang tempat tinggal, menurut pegawai bomba pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
DHAKA: Kebakaran di sebuah kawasan setinggan terbesar di ibu negara Bangladesh, Dhaka memusnahkan lebih 1,500 kediaman, menyebabkan ribuan penduduk hilang tempat tinggal, menurut pegawai bomba pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kebakaran itu berlaku di kawasan setinggan Korail di kawasan Mohakhali, Dhaka, pada petang Selasa.
Tajul Islam Chowdhury, yang mengetuai operasi memadam kebakaran berkata 19 jentera bomba mengambil masa hampir 16 jam untuk memadamkan api sepenuhnya, dengan operasi tamat pada pagi Rabu.
Chowdhury berkata dianggarkan 1,500 kediaman hangus atau rosak di kawasan setinggan yang padat itu.
Beliau berkata kebakaran menyebabkan ribuan orang kehilangan tempat tinggal dan tahap kerosakan sebenar hanya akan diketahui selepas siasatan penuh dijalankan. Punca kebakaran masih belum diketahui.
Satu panel lima anggota yang dilantik kerajaan akan menyiasat kerosakan dan menentukan punca kejadian, menurut Chowdhury.
Rashed Khalid, seorang lagi pegawai di Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Pertahanan Awam berkata lorong-lorong sempit dan orang ramai di kawasan setinggan menyukarkan usaha memadamkan kebakaran.
Setinggan Korail, terletak di tepi tasik yang memisahkan kawasan mewah Gulshan dan Banani di Dhaka, menjadi tempat tinggal kepada kira-kira 100,000 orang.
Komuniti berpendapatan rendah ini tinggal di kediaman sempit dengan dinding batu bata dan bumbung zink, meliputi kawasan lebih 364,000 meter persegi. Kejadian kebakaran sering berlaku di kawasan ini.
Pada pagi Rabu, ratusan penduduk yang kehilangan rumah dilihat mengutip sisa barangan mereka.
Pegawai bomba berkata tiada laporan kehilangan jiwa setakat ini.
Minara Begum, seorang wanita pertengahan umur, berkata keluarganya yang terdiri daripada enam orang, seperti ramai penduduk lain, terpaksa bermalam di kawasan terbuka selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager