RIDER FOODPANDA MAUT REMPUH LORI

KUALA LUMPUR: Seorang penghantar makanan bermotosikal maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Duta menghala Pusat Bandaraya, kira-kira jam 1.30 petang tadi.

Menurut laporan polis, mangsa yang menaiki motor itu sedang membawa tempahan makanan sebelum merempuh belakang sebuah lori angkut.

Akibat rempuhan yang kuat, mangsa cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian tersebut.

Mangsa yang dikenali Ahmad Zaidi Ahmad Zamri berusia 24 tahun dan berasal dari Seksyen 20, Shah Alam itu telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.—AlHijrah Online

Leave a Reply