ROKET DITEMBAK DI SEMPADAN IRAQ

BAGHDAD: Sebuah roket Katyusha ditembak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad Iraq semalam. Tiada mangsa cedera dalam insiden terbabit, menurut kenyataan rasmi Kementerian Dalam Negeri.

Memetik sumber berita Xinhuanet, serangan tersebut berlaku pada malam berhampiran perumahan pangkalan tentera Amerika Syarikat berdekatan lapangan terbang di pinggir baya darat bandar itu, tambahnya tanpa memberi butiran lanjut.

Pegawai polis di lapangan terbang memberitahu, dia mendengar letupan pada malam kejadian dan kemudian mendapat tahu bahawa sebuah roket Katyusha ditembak di kawasan lapangan terbang.

Bagaimanapun, pegawai itu mengesahkan, serangan tidak menjejaskan penerbangan.

Dua hari lalu, empat roket Katyusha telah ditembak mengenai pangkalan tentera berhampiran lapangan terbang dan mencederakan enam anggota tentera, menurut kenyataan media.

Pangkalan perumahan tentera A.S di seluruh Iraq dan Zon Hijau di Baghdad sering menjadi sasaran serangan mortar dan roket pemberontak.

Lebih 5,000 askar A.S. telah ditempatkan di Iraq untuk menyokong tentera negara itu dalam pertempuran melawan militan Daesh, terutamanya untuk menyediakan latihan dan khidmat nasihat.

Tentera Iraq merupakan sebahagian daripada gabungan antarabangsa diketuai A.S. yang sedang melakukan serangan udara terhadap Daesh di Iraq dan Syria.

Demonstrasi besar-besaran terus berlangsung di Baghdad dan bandar-bandar lain di tengah dan selatan Iraq sejak awal Oktober yang menuntut reformasi menyeluruh, bertanggungjawab bagi isu rasuah, memperbaiki perkhidmatan awam dan peluang pekerjaan — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply