Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ROMPAK, CEDERAKAN WARGA EMAS: PEKEBUN DIPENJARA LAPAN TAHUN

DALAM NEGARA

ROMPAK, CEDERAKAN WARGA EMAS: PEKEBUN DIPENJARA LAPAN TAHUN

Seorang pekebun kelapa sawit dihukum penjara lapan tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah merompak gelang tangan dan mencederakan seorang warga emas. 

Sumber Gambar: BERNAMA

KOTA TINGGI: Seorang pekebun kelapa sawit dihukum penjara lapan tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah merompak gelang tangan dan mencederakan seorang warga emas. 

Hakim Hayda Faridzal Abu Hasan menjatuhkan hukuman itu terhadap Nazry Mohamad Mokhtar, 37, dan hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 2 Julai lepas.

Nazry didakwa melakukan perbuatan itu ke atas wanita berusia 60 tahun di sebuah rumah di Felda Air Tawar 4, dekat sini, pada 12.40 tengah hari 2 Julai lepas, mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Irsyad Mardi dan Ahmad Khairuddin Khalid memohon hukuman setimpal terhadap Nazry dengan mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan peribadi.

Muhammad Irsyad berkata kesalahan yang dilakukan adalah serius kerana tertuduh membawa sebilah parang sehingga menyebabkan kecederaan dan trauma bukan sahaja kepada mangsa tetapi juga masyarakat sekeliling.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Hilmi Sulaiman Salahuddin yang mewakili tertuduh, memohon hukuman ringan memandangkan Nazry yang berpendapatan RM1,500 sebulan menanggung isteri, empat anak dan ibu bapanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading