Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PUKUL ANJING HINGGA MATI, TIGA LELAKI DITAHAN POLIS

DALAM NEGARA

PUKUL ANJING HINGGA MATI, TIGA LELAKI DITAHAN POLIS

Polis berjaya menahan tiga lelaki terlibat kes menyerang serta memukul anjing di kawasan semak sehingga mati di di Kampung Teluk Tempoyak, Batu Maung di sini.

BAYAN LEPAS: Polis berjaya menahan tiga lelaki terlibat kes menyerang serta memukul anjing di kawasan semak sehingga mati di di Kampung Teluk Tempoyak, Batu Maung di sini.

ARTIKEL BERKAITAN – POLIS KESAN DUA LELAKI SERANG, PUKUL ANJING HINGGA MATI

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata, ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 40 hingga 53 tahun itu ditahan di sekitar Batu Maung sekitar jam 11.45 malam 9 Julai hingga 1 pagi, 10 Julai.

Katanya, kesemua suspek masing-masing bekerja sebagai ejen kargo, nelayan dan pemandu bas itu direman tiga hari sehingga 12 Julai untuk siasatan lanjut.

“Ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan saringan air kencing juga didapati bebas dari sebarang pengambilan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Kes juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang mana, jika didapati bersalah, boleh didenda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini tular video beserta artikel bertajuk ‘Tidak cukup dilanggar motosikal, anjing tidak berdosa diseksa dua lelaki durjana sampai mati’ yang tular di media sosial.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: POLIS KESAN DUA LELAKI SERANG, PUKUL ANJING HINGGA MATI – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading