Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RUJUK ALIM ULAMA, BUKAN SELEBRITI MEDIA SOSIAL

DALAM NEGARA

RUJUK ALIM ULAMA, BUKAN SELEBRITI MEDIA SOSIAL

KUALA LUMPUR: Sebarang kekeliruan mengenai hukum-hakam agama perlu dirujuk kepada alim ulamak yang mursyid iaitu orang yang dipercayai dan bukan selebriti media sosial yang terkenal dan memiliki jumlah pengikut yang ramai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli memaklumkan ini bagi memastikan persoalan yang timbul dijawab oleh orang yang benar-benar memahami tentang sesuatu perkara.

“Kita sebagai orang Islam, kena rujuk ahli ilmu, ahli zikir kalau tidak tahu.

“Ahli zikir tu maknanya kalau dia pandai fiqah tidak semestinya dia pandai undang-undang. Dia masyhur dalam satu bidang tidak semestinya dia faham perkara lain,” kata Zulkifli kepada media selepas melakukan lawatan kerja ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

Beliau merujuk kepada perbahasan agama yang disampaikan oleh segelintir selebriti instafamous sehingga menimbulkan kontroversi dan salah faham antara warganet. – AlHijrah Online / Abdul Hakim Hasan.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading