Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SAIFUDDIN ABDULLAH POSITIF COVID-19

DALAM NEGARA

SAIFUDDIN ABDULLAH POSITIF COVID-19

GAMBAR OLEH: Andrea Verdelli / POOL / AFP

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah disahkan positif COVID-19.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin disahkan positif selepas mendapat keputusan ujian saringan malam tadi.

“Saifuddin akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Buat masa ini beliau sedang menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu kemasukan ke wad di hospital,” kata kenyataan tersebut.

Saifuddin dilapor akan terus memantau dan memastikan segala urusan kementerian berjalan dengan lancar sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak yang mendoakan kesembuhannya dan memohon maaf di atas kesulitan yang timbul akibat daripada situasi tersebut. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading