Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SANUSI DITAHAN: PAS NASIHAT SEMUA PIHAK BERTENANG, HORMATI PROSES PERUNDANGAN

DALAM NEGARA

SANUSI DITAHAN: PAS NASIHAT SEMUA PIHAK BERTENANG, HORMATI PROSES PERUNDANGAN

KUALA LUMPUR: PAS menasihatkan semua pihak khususnya para ahli dan penyokong supaya bertenang dan menghormati undang-undang berhubung penahanan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Petugas media dari pelbagai agensi tiba di Mahkamah Selayang bagi membuat liputan kes Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataan mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besarnya di sini hari ini. — Bernama

KUALA LUMPUR: PAS menasihatkan semua pihak khususnya para ahli dan penyokong supaya bertenang dan menghormati undang-undang berhubung penahanan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata PAS mengikuti dengan cermat perkembangan kes tersebut.

“PAS mengikuti dengan cermat perkembangan kes melibatkan YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah, yang dilaporkan telah ditahan oleh pihak PDRM untuk didakwa di mahkamah hari ini.

“PAS menyarankan semua pihak, khususnya para ahli dan penyokong, supaya bertenang dan menghormati proses perundangan,” katanya.

Menerusi hantaran di laman Facebook Muhammad Sanusi, beliau ditahan polis kira-kira 3 pagi tadi di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan dibawa menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Menteri Besar Kedah itu akan berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Selayang berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja) dalam ceramah politiknya. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading