‘SAYA DOA ANAK BELAJAR DARI KESILAPAN, JADI LEBIH BAIK’ – NORA ARIFFIN

KUALA LUMPUR: “Allahuakbar, dengan penuh rasa terkilan…, saya mengaku itu dia,”

Demikian pengakuan penyanyi, Nora Ariffin dipercayai merujuk kepada rakaman video remaja bercumbu yang dikaitkan dengan anak perempuannya.

Kata Nora, sebagai ibu dia mencuba yang terbaik mengajar, membimbing, dan mendidik termasuk memberi yang terbaik dan termampu.

“Tetapi sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Dia (anak perempuannya) masih muda dan banyak yang perlu dipelajari.

“Sebagai ibu, saya juga banyak kelemahan.

“Saya doa anak saya belajar dari kesilapan dan menjadi lebih baik,” katanya di Instagram rasminya.

Nora juga memohon orang ramai memberikan ruang dan ketenangan kepadanya. — AlHijrah Online

Leave a Reply