SELANGOR PERCEPAT PEMINDAHAN TERNAKAN BABI KUALA LANGAT, SEPANG
Kerajaan Negeri Selangor akan mempercepatkan pemindahan ladang ternakan babi di Kuala Langat dan Sepang ke pusat ternakan moden di Bukit Tagar, Hulu Selangor selewat-lewatnya hujung tahun ini bagi menangani pelbagai isu pencemaran dan memastikan kelestarian alam sekitar.
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan mempercepatkan pemindahan ladang ternakan babi di Kuala Langat dan Sepang ke pusat ternakan moden di Bukit Tagar, Hulu Selangor selewat-lewatnya hujung tahun ini bagi menangani pelbagai isu pencemaran dan memastikan kelestarian alam sekitar.
Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Datuk Izham Hashim berkata perkara itu antara yang dibincangkan dalam sembah maklum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini pagi tadi.
“Dalam pertemuan itu, kita dapati cadangan kajian kerajaan negeri sebenarnya selari dengan apa yang disarankan oleh Tuanku. Ia membolehkan kita merangka pelan tindakan yang lebih sistematik dan menyeluruh untuk kepentingan semua pihak.
“Kita mahu memberi tumpuan kepada penyelesaian isu sebenar iaitu mendapatkan kebenaran merancang di Bukit Tagar membabitkan tanah seluas 202 hektar bagi menangani pencemaran bau dan air serta gangguan lain yang menjejaskan kesejahteraan penduduk dengan pendekatan lebih profesional dan berstruktur,” katanya dalam sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di sini hari ini.
Izham berkata perkara tersebut juga penting bagi mengawal penularan wabak demam babi Afrika (ASF) yang menuntut pendekatan penternakan lebih moden, lestari dan terkawal, di samping memastikan setiap operasi pemindahan dapat dijalankan secara sistematik.
Dalam merangka penyelesaian jangka panjang, Izham berkata kerajaan negeri turut mengambil kira keperluan sekuriti makanan masyarakat bukan Islam dan aspek kelestarian alam sekitar bagi memastikan keseimbangan antara keperluan manusia serta pemeliharaan alam dapat dicapai.
“Tuanku telah menegaskan bahawa baginda bukan berniat menyekat bekalan makanan orang bukan Islam kerana itu adalah keperluan asas yang mesti dipenuhi, namun ia perlu diuruskan secara lestari supaya tidak menjejaskan alam sekitar,” katanya.
Izham berkata perancangan pemindahan itu akan melibatkan pelaksanaan penternakan babi moden dan tertutup yang terletak jauh dari kawasan penempatan penduduk dan dilengkapi zon penampan yang mencukupi bagi memastikan keselamatan, kebersihan dan kelestarian alam sekitar.
Beliau berkata kawasan berkenaan akan dilengkapi sistem pengurusan kumbahan sifar pelepasan yang membolehkan semua sisa diurus secara terkawal dan mampu ditukar kepada biogas bagi menjana elektrik seperti model yang telah berjaya dilaksanakan di Pulau Pinang.
Izham berkata isu penternakan babi di kawasan terbabit bukan perkara baharu dan telah berlarutan sejak beberapa pentadbiran terdahulu dan tidak wajar dipolitik atau dikaitkan dengan mana-mana kerajaan tertentu.
“Kita bukan mahu mencari siapa yang bersalah, sebaliknya mahu menyelesaikan isu pencemaran yang telah lama menjejaskan penduduk dan memastikan kelestarian alam sekitar serta keharmonian masyarakat dapat dipelihara dengan sebaik mungkin.
“Isu ini tidak wajar dipolitikkan kerana ia telah wujud sejak sekian lama dan kerajaan negeri kini berusaha untuk menyelesaikan masalah yang sebenar, bukannya untuk memberi alasan politik kepada mana-mana pihak,” katanya.
Pada 10 Jan lepas, Sultan Selangor menzahirkan dukacita dan tidak bersetuju dengan perancangan kerajaan negeri yang membenarkan operasi sementara penternakan babi di Tanjong Sepat, Kuala Langat, bermula tahun ini, sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030.
Baginda bertitah pihak istana tidak bersetuju terutamanya wujud kemungkinan membabitkan pengenalan babi berskala besar dan berorientasikan eksport ke luar negara.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests