Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEMBILAN SEKATAN JALAN RAYA DI LEBUHRAYA PLUS

DALAM NEGARA

SEMBILAN SEKATAN JALAN RAYA DI LEBUHRAYA PLUS

PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan sebanyak sembilan Sekatan Jalan Raya (SJR) setakat ini di lebuhraya miliknya oleh pihak berkuasa.

SJR tersebut dilakukan bagi membantu pihak berkuasa memastikan orang ramai yang tidak mempunyai kebenaran melakukan perjalanan rentas daerah dan negeri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Antara laluan yang dikenakan sekatan jalan raya di lebuhraya PLUS adalah Plaza Tol Jalan Duta, Setia Alam, Shah Alam, Putra Mahkota, Sungai Buaya, Bukit Tagar, Bukit Beruntung, Lembah Beringin dan Seafield.

Orang ramai yang tidak mempunyai sebarang urusan penting, disarankan untuk duduk di rumah supaya dapat mengurangkan kadar kesesakan jalan raya.

PKPB dilaksanakan di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, bermula dari 14 Oktober hingga 27 Oktober. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading