Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEMPADAN DARAT MALAYSIA-SINGAPURA BUKA 1 APRIL, SOP DILONGGARKAN

DALAM NEGARA

SEMPADAN DARAT MALAYSIA-SINGAPURA BUKA 1 APRIL, SOP DILONGGARKAN

Pengembara dari kedua-dua negara yang lengkap vaksinasi dibenarkan untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian saringan COVID-19, termasuk ujian prapelepasan dan semasa ketibaan.

Tambak Johor -Sumber gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura mengumumkan pembukaan semula sempadan darat kedua-dua negara berkuat kuasa 1 April ini dengan sebahagian besar prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan.

Perkara itu diumumkan dalam kenyataan media bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong, hari ini.

Kedua-dua Perdana Menteri mengakui bahawa Malaysia dan Singapura telah menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan khususnya dalam pelaksanaan program vaksinasi dan pengurusan pandemik COVID-19 bagi penduduk negara masing-masing.

Selari dengan pengumuman itu, pengembara dari kedua-dua negara yang lengkap vaksinasi dibenarkan untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian saringan COVID-19, termasuk ujian prapelepasan dan semasa ketibaan.

Ismail Sabri berkata keputusan itu dibuat sejajar peralihan kehidupan fasa mendepani pandemik COVID-19.

“Selain pembukaan semula sempadan negara kepada pengembara antarabangsa bermula 1 April ini, negara turut melakar satu lagi kejayaan penting dalam memudah cara perjalanan rentas sempadan dengan jiran terdekat, Singapura.

“Pengumuman hari ini mencerminkan hubungan baik, kerjasama pelbagai aspek, dan hubungan kukuh antara rakyat kedua-dua buah negara,” katanya.

Tambah beliau, ini pastinya akan menyumbang kepada usaha-usaha pemulihan dengan impak positif ke atas ekonomi dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading