MAKKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menegaskan bahawa kesemua bakal jemaah Malaysia telah menjalani pemeriksaan kesihatan yang mengikut piawaian ditetapkan dan telus, sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Abdul Rahman berkata setiap anggota jemaah juga perlu diperiksa oleh doktor dan klinik yang diiktiraf.
Katanya, usaha tersebut dilakukan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan bakal jemaah haji mempunyai tahap kesihatan yang baik serta memenuhi syarat kerajaan Arab Saudi.
“Pemeriksaan kesihatan ini sebagai salah satu langkah proaktif yang diambil TH. Ia bagi memastikan jemaah yang perlu berada dalam suasana ancaman penyakit, bukan sahaja COVID-19 ini adalah mereka yang sihat dan hanya mempunyai penyakit terkawal.
“Selaras dengan peraturan yang dikenakan kerajaan Arab Saudi dan KKM, pemeriksaan kesihatan kali ini juga adalah lebih ketat,” katanya kepada pemberita di Hotel Abraj Al Janadriyah yang menempatkan ibu pejabat TH serta penginapan jemaah haji Malaysia.
Menurut Syed Saleh, sejak ketibaan jemaah Malaysia pada 4 Jun lepas, hanya penyakit terkawal seperti masalah pernafasan, kejang otot dan penyakit kulit, dirujuk kepada tiga buah pusat perubatan yang disediakan TH.
Katanya, masalah kesihatan tersebut adalah disebabkan faktor kesesakan, pergerakan ke lokasi yang jauh serta terdedah kepada cuaca panas yang mencecah 46 hingga 48 darjah Celsius.
“Jenis-jenis pemeriksaan (di tanah air) adalah menjurus kepada tahap kesihatan yang baik dan apabila mereka sampai di Tanah Suci, jika mereka dijangkiti sekalipun, mereka ini pada tahap minima sahaja.
“Peratusan mereka yang datang untuk mendapatkan rawatan pesakit luar dan yang dimasukkan ke wad amat rendah berbanding sebelum ini. Pemeriksaan kesihatan adalah langkah yang berkesan untuk menjaga kesihatan jemaah haji,” katanya.
Bagi memastikan pemeriksaan kesihatan mengikut piawaian, beliau berkata pihaknya telah menetapkan beberapa syarat dan pemantauan yang teliti serta sistematik.
“Mereka yang berada di Tanah Suci sudah tentu terdedah dengan pelbagai penyakit, tinggal pula dalam tempoh yang panjang antara 40 hingga 45 hari. Kita tidaklah boleh mengatakan jemaah haji Malaysia tidak terkesan langsung dengan apa-apa penyakit.
“Jadi saya rasa yang penting ialah sistem pemeriksaan kesihatan telah berjalan dengan baik dan bakal jemaah haji yang datang adalah yang sihat dan kita mempunyai kemudahan kesihatan untuk mengatasi dan merawat mereka yang terkesan dari sebarang penyakit,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager