SERANGAN IRAN TERHADAP ISRAEL: KERAJAAN ADAKAN MESYUARAT KHAS 6 PETANG INI
Perdana Menteri berkata mesyuarat melibatkan menteri berkaitan berserta pegawai-pegawai kementerian terbabit dibuat bagi merangka beberapa langkah segera yang perlu diambil.
SHAH ALAM: Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas pada pukul 6 petang ini, susulan serangan balas Iran terhadap Israel, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata mesyuarat melibatkan menteri berkaitan berserta pegawai-pegawai kementerian terbabit dibuat bagi merangka beberapa langkah segera yang perlu diambil.
Anwar berkata ia antara lain akan menyentuh mengenai keputusan untuk membawa pulang rakyat Malaysia di negara-negara yang berkaitan.
“Ketegangan dan peperangan yang sekarang berlaku antara Iran dan Israel, berpunca daripada serangan kerajaan Zionis Israel ke atas bangunan konsulat Iran (di Syria) yang sebenarnya melanggar peraturan undang-undang antarabangsa dan pelanggaran selalunya mengundang tindak balas,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa Dr B.R.Ambedkar Kelima dan Sambutan Hari Kelahiran pakar ekonomi, reformis sosial dan pemimpin politik India itu yang ke-133 di sini, hari ini.
Media antarabangsa hari ini melaporkan Iran telah melancarkan serangan misil dan dron ke atas Israel.
Anwar berkata mesyuarat itu juga akan membincangkan mengenai jaminan penyelesaian dan kedamaian terhadap konflik di Timur Tengah yang perlu dituntut di peringkat antarabangsa.
“Ini kerana apa yang berlaku di sana (serangan dan peperangan Iran dan Israel) akan menjejaskan keamanan dan ekonomi dunia,” katanya.
Sementara itu ketika mengulas dakwaan Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh yang menganggap ada menteri kabinet yang ‘bodoh’, Perdana Menteri berkata kenyataan itu tidak bersesuaian dalam konteks Kerajaan Perpaduan.
“Saya tidak layan kenyataan yang sedemikian, tidak sesuai dalam konteks Kerajaan Perpaduan. Kita sepatutnya bekerjasama,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests