SIASATAN KES ZARA QAIRINA TELUS, TIADA CUBAAN ‘COVER-UP’ – SAIFUDDIN NASUTION
Tuduhan mengatakan bahawa kes berkenaan cuba ditutup dan dimanipulasi adalah tuduhan sangat berat yang tidak mencerminkan realiti tindakan pihak berkuasa daripada awal hingga kini.
KUALA LUMPUR: Tiada sebarang cubaan penutupan kes atau cover-up sepanjang proses siasatan kes kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir, tegas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata segala tindakan dan siasatan yang diambil berdasarkan fakta, laporan dan permohonan yang sah.
Saifuddin Nasution berkata tuduhan mengatakan bahawa kes berkenaan cuba ditutup dan dimanipulasi adalah tuduhan sangat berat yang tidak mencerminkan realiti tindakan pihak berkuasa daripada awal hingga kini.
“Dari awal hinggalah proses bedah siasat dibuat dan siasatan lanjutan, tiada sebarang cubaan penutupan kes atau cover up oleh mana-mana pihak berkuasa. Komitmen kepada keadilan mesti berlandaskan bukti dan undang-undang.
“Kes ini ialah satu perkara yang sangat berat, sangat serius melibatkan kehilangan nyawa adik Zara Qairina yang berumur 13 tahun … kita mesti lakukan siasatan secara profesional dan telus, bukti yang sahih mengikut peruntukan lunas undang-undang,” katanya pada sesi penerangan menteri selepas tamat sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar itu ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah berkenaan pada 4 pagi, 16 Julai.
Saifuddin Nasution berkata badan penguatkuasaan tidak ‘menunggang’ kes berkenaan untuk melindungi siapa yang berpangkat, mempunyai gelaran dan kedudukan, sebaliknya fokus kepada mencari kebenaran serta keadilan dalam perkara itu.
Beliau berkata siasatan polis menyeluruh dan terperinci terhadap setiap dakwaan yang timbul dalam kes berkenaan termasuk penglibatan cucu kepada orang kenamaan, isteri kepada seorang timbalan menteri serta dakwaan Zara Qairina didera dalam mesin basuh.
“Siasatan polis tidak menemukan semua perkara yang disebut begitu. Tidak ada sama sekali setelah keterangan daripada 195 saksi yang kita ambil, tidak ada sama sekali,” katanya.
Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata pada hari pertama kejadian, setiap tindakan yang diambil oleh polis, pihak sekolah dan pegawai perubatan berdasarkan maklumat semasa dan tindakan awal dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Beliau berkata isu ketidakpatuhan yang dilakukan oleh pegawai penyiasat polis dalam kes itu tidak sama sekali menjejaskan integriti siasatan, lebih-lebih lagi pasukan dari Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes berkenaan.
Sesi penerangan menteri itu kemudiannya dibahaskan oleh enam Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, iaitu Datuk Matbali Musah (GRS-Sipitang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bahru), Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu langat), Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota), Syahredzan Johan (PH-Bangi) dan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar).–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests