Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SIN CHEW DAILY DISIASAT, SERAH SURAT TUNJUK SEBAB KERANA SIAR JALUR GEMILANG TIDAK LENGKAP – KDN

DALAM NEGARA

SIN CHEW DAILY DISIASAT, SERAH SURAT TUNJUK SEBAB KERANA SIAR JALUR GEMILANG TIDAK LENGKAP – KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan bahawa Sin Chew Daily telah diberikan surat tunjuk sebab selepas dipanggil bagi siasatan berhubung isu penyiaran Jalur Gemilang tidak lengkap hari ini.

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan bahawa Sin Chew Daily telah diberikan surat tunjuk sebab selepas dipanggil bagi siasatan berhubung isu penyiaran Jalur Gemilang tidak lengkap hari ini.

KDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan ke atas Sin Chew Daily dilaksanakan serta merta di bawah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Kementerian itu menegaskan ia tidak akan sesekali berkompromi dan tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang didapati cuai dalam menerbitkan bahan yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Menurut KDN, perbuatan menyiarkan Jalur Gemilang tanpa simbol bulan sabit, yang merupakan lambang kepada kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, adalah suatu kecuaian serius dan tidak sewajarnya dilakukan. 

“Selain itu, perbuatan ini juga bukan sahaja mencerminkan kelalaian profesionalisme, malah boleh mencetuskan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk negara ini,” menurut kenyataan itu.

KDN turut memaklumkan sebarang tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap akhbar itu akan dipertimbang sewajarnya selepas siasatan dilengkapkan.

Semalam, Sin Chew Daily menerbitkan ilustrasi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit pada muka hadapannya sempena liputan lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia.

Insiden itu mendapat kiritikan pelbagai pihak termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang bertitah pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka serta menyemak sesuatu bahan siaran terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading