KEBAKARAN SALURAN GAS: KPM SALUR BANTUAN RM1,000 KEPADA 128 PELAJAR, LIMA GURU
Kementerian Pendidikan (KPM) menyalurkan sumbangan RM1,000 masing-masing kepada 128 pelajar dan lima guru dari 37 sekolah yang terjejas akibat insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lepas.
PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menyalurkan sumbangan RM1,000 masing-masing kepada 128 pelajar dan lima guru dari 37 sekolah yang terjejas akibat insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lepas.
Menteri berkenaan Fadhlina Sidek berkata bantuan yang disokong oleh Yayasan Guru Tun Hussein Onn dan Yayasan Didik Negara itu disalurkan kepada pelajar dan guru terlibat dari 21 sekolah rendah dan 16 sekolah menengah bagi meringankan beban dan memastikan mereka tidak tercicir.
“Pada peringkat KPM, kita bukan sahaja tumpukan soal pemberian sumbangan (kewangan) ini, tetapi juga sokongan lain termasuk dari segi akademik, sokongan psikososial sementara mereka tidak pergi ke sekolah tempoh hari, (mereka) dapat (bantuan) baju sekolah dan sebagainya (buku teks, alat tulis) untuk meneruskan pendidikan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Bencana Kebakaran Gas Putra Heights di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23 di Subang Jaya, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh, Ketua Setiausaha KPM Datuk Dr Aminuddin Hassim, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Profesionalisme Dr Mohd Azam Ahmad dan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Sektor Operasi Sekolah Zainal Abas.
Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Guru Tun Hussein Onn Zahirudin Mohammad Hanif dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Dr Jafri Abu turut hadir pada majlis itu.
Fadhlina juga memberikan komitmen akan terus memantau keperluan mangsa dari semasa ke semasa termasuk menyediakan kaunseling pascabencana bagi memastikan kesejahteraan emosi pelajar dan guru terpelihara.
Sementara itu, Zainal berkata KPM telah menggerakkan Smart Support Team yang terdiri daripada guru bimbingan dan kaunseling bagi memberi sokongan psikososial manakala Academic Support Team untuk pembelajaran mangsa insiden itu semasa di pusat pemindahan sementara (PPS) sebelum ini.
“Kalau dari segi sokongan emosi, kita akan beri secara berterusan sebab insiden ini memerlukan intervensi yang berpanjangan dan kita pasti guru-guru bimbingan kauseling kita mampu membimbing murid-murid ini bagi membantu mereka,” katanya.
Ditanya mengenai komitmen KPM dalam memastikan tiada yang tercicir dalam menerima bantuan, beliau berkata penyaluran bantuan diselaraskan dengan senarai mangsa berdaftar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semasa mereka berada di PPS.
Zainal turut meminta mana-mana pihak yang tercicir daripada menerima bantuan supaya segera menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor atau Pejabat Pendidikan Daerah terdekat bagi tujuan semakan dan tindakan lanjut.
Kebakaran saluran gas pada 8.10 pagi, 1 April lepas itu menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah lebih 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked