Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SOLAT JUMAAT: SYARAT LENGKAP VAKSIN, DOS PENGGALAK HANYA TERPAKAI DI SELANGOR

DALAM NEGARA

SOLAT JUMAAT: SYARAT LENGKAP VAKSIN, DOS PENGGALAK HANYA TERPAKAI DI SELANGOR

KUALA LUMPUR: Syarat lengkap vaksinasi serta dos penggalak bagi jemaah untuk menunaikan solat Jumaat hanya terpakai kepada masjid dan surau di negeri Selangor.

Perkara tersebut dirujuk berkenaan prosedur operasi standard (SOP) solat Jumaat yang ditetapkan kerajaan Negeri Selangor melalui surat pekeliling Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertarikh 21 Februari 2022.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, SOP solat berjemaah di masjid dan surau di negeri-negeri lain masih seperti biasa.

Berkenaan penentuan SOP, perkara tersebut tertakluk keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

“JAKIM menghormati ketetapan yang dibuat oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor dan menasihati umat Islam mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memastikan usaha menjaga dan memelihara maslahah dalam mengawal penularan wabak COVID-19 mencapai matlamat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, AlHijrah Online melaporkan kerajaan Selangor telah menetapkan syarat menerima vaksin lengkap dua dos dan vaksin penggalak (booster) bagi membolehkan jemaah hadir ke masjid dan surau untuk menunaikan Solat Jumaat.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading