Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SOLAT TARAWIH, AKTIVITI KEAGAMAAN DIBENARKAN SEPANJANG RAMADAN – ISMAIL SABRI

DALAM NEGARA

SOLAT TARAWIH, AKTIVITI KEAGAMAAN DIBENARKAN SEPANJANG RAMADAN – ISMAIL SABRI

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan kebenaran solat tarawih secara berjemaah dan aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, prosedur operasi standard (SOP) berkaitan jumlah jemaah akan diputuskan di peringkat negeri.

“Seperti kita ketahui, solat dan aktiviti agama adalah di bawah bidang kuasa pihak negeri.

“Tadarus, ceramah agama dan sebagainya, jumlah kehadiran akan ditentukan kerajaan negeri,” katanya dalam sidang media hari ini.

Selain aktiviti keagamaan, Ismail Sabri berkata MKN turut membenarkan penganjuran bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri sepanjang bulan puasa. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading