Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SPRM DAKWA LIM GUAN ENG ESOK

DALAM NEGARA

SPRM DAKWA LIM GUAN ENG ESOK

GAMBAR IHSAN: SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan telah mendapat izin Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun untuk mendakwa bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng esok.

Dalam satu kenyataan hari ini SPRM memaklumkan pendakwaan itu bersangkutan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Guan Eng akan dituduh esok di Mahkamah Khas Rasuah, Jalan Duta, Kuala Lumpur atas kesalahan di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Beliau akan turut didakwa pada 10 Ogos 2020 di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang atas kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

SPRM juga memaklumkan telah mendapat izin peguam negara untuk mendakwa Guan Eng bagi satu lagi kes berlainan pada 11 Ogos 2020 di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang atas kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading