SUAMI ISTERI DIPENJARA LIMA TAHUN LAKUKAN AMANG SEKSUAL TERHADAP REMAJA OKU
Hakim Noridah Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Khairul Hizwan Kamarudin, 33, dan Norehan Abu Kasim, 36, yang mengekalkan pengakuan bersalah pada 8 Dis lepas terhadap tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh anggota badan mangsa.
KLANG: Sepasang suami isteri masing-masing dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 14 tahun pada November dan Disember tahun lepas.
Hakim Noridah Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Khairul Hizwan Kamarudin, 33, dan Norehan Abu Kasim, 36, yang mengekalkan pengakuan bersalah pada 8 Dis lepas terhadap tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh anggota badan mangsa.
Pasangan terbabit juga dihukum penjara dua tahun bagi pertuduhan amang seksual bukan fizikal kerana menyebabkan mangsa memerhati perbuatan kedua-dua tertuduh yang bersifat seksual, selain Khairul Hizwan turut dihukum penjara setahun kerana menyimpan video lucah.
Mahkamah memerintahkan kesemua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh tangkapan pada 1 Dis tahun lepas, selain menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan selama dua tahun selepas tamat tempoh hukuman.
Bagi kesalahan amang seksual fizikal, kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh juga disebat, jika sabit kesalahan.
Pasangan itu juga didakwa di bawah Seksyen 15(d) AKSTK 2017 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya, bagi pertuduhan amang seksual bukan fizikal.
Khairul Hizwan turut mengaku menyimpan beberapa video lucah di dalam telefon bimbitnya dan didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pasangan itu didakwa melakukan semua kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Bukit Changgang, Kuala Langat pada 12 Nov dan 1 Dis 2023.
Ketika rayuan, mereka yang tidak diwakili peguam meminta dikenakan hukuman ringan dan berjalan serentak, namun Timbalan Pendakwa Raya Nurul ‘Izzati Mohamad memohon hukuman berat dengan alasan kesalahan itu serius, selain melibatkan mangsa bawah umur.
Mengikut fakta kes, pasangan suami isteri terbabit telah menghantar pesanan melalui aplikasi WhatsApp kepada mangsa agar datang ke rumah mereka untuk melipat baju. Mangsa yang hadir kemudiannya telah diarahkan melipat baju di dalam bilik sebelum berlakunya perlakuan amang seksual itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked